Thursday, January 31, 2013

Ampunkan aku Ya Allah

Assalamualaikum wbt....

setiap hari lepas subuh aku akan tggu matahari terbit..
aku akan cari dari mana matahari akan timbul...
adakah dari dari timur...
atau dari barat...

Andai ia timbul dari barat maka aku pasrah dan berserah pada Allah SWT...kerana ketika itu,penyesalan tiada guna lagi dan pintu taubat tertutup..walaubagaimanapun aku bersyukur sgt2 kepadaNya..kerana aku diberi peluang untuk hidup di dunia yg sememangnya milik Allah...aku diberi peluang olehNya untuk meneruskan ajaran islam yg diturunkan kepada kekasihnya Rasulullah SAW..adakah aku berjaya menjadi hamba yg soleh?? wallahua'lam..

Jika dari timur,bermakna aku masih lg diberi kesempatan untuk terus beribadah kepada Allah SWT..memohon keampunan..bertaubat..bersyukur..berzikir..dan melakukan amar maakruf..
Sebagai hamba yg lemah lagi hina...aku perlu menggunakan kesempatan yang Allah bg sebaik2nya..
Aku perlu menyediakan bekalan yg secukupnya untuk mengadap Illahi...
Aku mesti istiqamah dalam mencari keredhaan Allah Yang Maha Kaya...AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN ALLAH....AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PERSURUH ALLAH...ALLAHUAKBAR...

sekian Ikhlas

Mohd Izhar Bin Md Johari